Tuesday, April 14, 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

APAKAH BERFIKIR?
Menurut Mayer ( 1977), berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Manakala menurut Fraenkel (1980 berfikir  merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

 Menurut Beyer (1984) , berfikir  ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

Pengertian Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai  menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat pertimbangan dankeputusan atau menyelesaikan proses masalah.

Tujuan
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

1.      Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
2.      Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.      Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
4.      Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
5.      Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka.

6.      Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.




KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

APAKAH BERFIKIR SECARA KRITIS?
Marlina dan shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir secara kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti, kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Semasa latihan mengajar yang lepas, saya banyak menggunakan kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sebagai contoh semasa set induksi, saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti video, gambar, bahan-bahan semula jadi dan sebagainya untuk menarik minat murid. Murid –murid akan diminta pendapat mengenai  video atau gambar tersebut.  Secara tidak langsung, murid-murid akan berfikir secara kritis mengenai sesuatu perkara.  Contohnya, saya mengajar karangan ‘Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar’. Semasa set induksi, saya menunjukkan dua botol air. Satu botol air mengandungi air bersih dan satu botol mengandungi air kotor. Saya meminta pendapat murid – murid mengenai ciri-ciri yang dilihat dan meminta murid membuat perbandingan. Melalui pemerhatian dan pengalaman yang ada, murid dapat berfikir secara kritifs berdasarkan apa yang dilihat. 


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

APAKAH BERFIKIR SECARA KREATIF?
Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Menurut Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik.

Hayers ( 1981 dalam Beyer 1988 ) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian masalah, dimana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif. Mengenal pasti masalah menjana, idea dan perancangan pula merupakan komponen dalam menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri  Berfikir Secara Kreatif
1.      Keberanian : Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana idea, dan sanggup menerima risiko dan kritikan orang lain.

2.  Imagnasi :  Pemikiran kreati mengandungi ciri imaginasi serta kemahiran sintesis untuk mencantumkan idea-idea sedia ada.

3.   Perkembangan idea : Pemikiran kreatif mengandungi ciri perkembangan idea yang dapat menyediakan alternatif yang baru.

4.      Reka cipta : Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.
 Fungsi :  Memperluas dan memperkembang daya imaginasi, inovasi dan  kreativiti untuk mendapat idea yang banyak, pelbagai dan baru.                               

Contoh-contoh Berfikir Secara Kreatif :
1)      Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, dan        mencabar
2) Mencipta analogi
            3) Mencipta metafora
            4) Membuat definisi
            5) Membuat hipotesis
            6) Membuat peta konsep

 Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 

1)      Menjana idea
Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.

2)      Membuat inferens
Merupakan tingkah laku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangk langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
3)      Meramal
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang di andaikan akan berlaku, dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.



KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
Semasa latihan mengajar yang lepas, saya banyak menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu saya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh saya menggunakan gambar-gambar, video, bahan-bahan kitar semula sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi sebagai bahan pengajaran.

1.      Dam ular dan dadu

Permainan bahasa iaitu permainan seperti dam ular  di mana pelajar perlu melontar dadu untuk untuk mengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji dengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan kekal di kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka boleh melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang tiba di petak terakhir dahulu akan menjadi pemenang. 





1.      Mencipta seloka
Semasa saya mengajar komsas iaitu ‘Seloka Emak Si Randang’, saya menyuruh murid-murid menghasilkan satu seloka secara berkumpulan. Setiap seloka yang dihasilkan mesti mengandungi sekurang-kurangnya empat gaya bahasa. Selepas siap menghasilkan seloka, saya menyuruh murid-murid melagukan seloka secara berkumpulan tersebut mengikut irama ‘Seloka Pak Kaduk’. Hasil daripada pembelajaran ini, murid-murid dapat berfikir secara kreatif  bagi menghasilkan seloka dan sekali gus murid-murid tersebut mencapai aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2.      Kerja kumpulan membina soalan
Untuk aktiviti ini para murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional  aktiviti ini dijalankan adalah untuk memastikan murid-murid membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini kerana untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan’ itu benar-benar memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda. Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula  diadakan. Guru akan mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan soalan kuiz. Selain dapat mencungkil kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid juga akan berasa bangga apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih.

3.      Peta konsep
Saya juga menggunakan peta konsep atau i – THINK semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid mudah faham isi pengajaran.

Penggunaan i-THINK membantu murid-murid dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif. Contohnya:





KENANGAN DI SMK FELDA BESOUT

MEMORI MENGGAMIT KENANGAN




                                                         4 Sains 2





                                                              4 Kenanga






                                                              2 An-nur