APAKAH BERFIKIR SECARA
KREATIF?
Mengikut
Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi
sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama
digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan.
Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan
meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.
Menurut
Bloom ( 1956 ) mendefinisikan kemahiran kreatif sebagai sintesis yang
bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan membentuk semula maklumat
tersebut supaya menjadi idea yang unik.
Hayers
( 1981 dalam Beyer 1988 ) mengaitkan pemikiran kreatif dengan penyelesaian
masalah, dimana operasi kognitif menjadi dasar dalam pemikiran kreatif.
Mengenal pasti masalah menjana, idea dan perancangan pula merupakan komponen
dalam menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri Berfikir Secara Kreatif
1. Keberanian
: Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana idea, dan sanggup
menerima risiko dan kritikan orang lain.
2. Imagnasi : Pemikiran kreati mengandungi ciri imaginasi serta kemahiran sintesis
untuk mencantumkan idea-idea sedia ada.
3. Perkembangan
idea : Pemikiran kreatif mengandungi ciri perkembangan idea yang dapat
menyediakan alternatif yang baru.
4. Reka
cipta : Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka cipta yang berasaskan kemahiran
sintesis untuk menghasilkan idea yang baru.
Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli,
luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada
idea yang lebih luas dan terbuka.
Fungsi : Memperluas dan memperkembang daya imaginasi, inovasi
dan kreativiti untuk mendapat idea yang banyak, pelbagai dan baru.
Contoh-contoh Berfikir
Secara Kreatif :
1) Menjana
dan menghasilkan idea yang pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, dan mencabar
2)
Mencipta analogi
3) Mencipta metafora
4) Membuat definisi
5) Membuat hipotesis
6) Membuat peta konsep
Proses-Proses
Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
1) Menjana
idea
Menjanakan
idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat
secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan
apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu
perkara.
2) Membuat
inferens
Merupakan
tingkah laku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber
berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang
tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun
tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada
sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak
merancangk langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis
sebab dan akibat keputusan atau kesan.
3) Meramal
Merupakan
sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap
sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang
berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan
dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara
yang di andaikan akan berlaku, dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu
perkara.
KEMAHIRAN BERFIKIR
SECARA KREATIF
Semasa
latihan mengajar yang lepas, saya banyak menggunakan bahan bantu mengajar untuk
membantu saya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar
boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan
elektronik. Sebagai contoh saya menggunakan gambar-gambar, video, bahan-bahan
kitar semula sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi sebagai
bahan pengajaran.
1. Dam
ular dan dadu
Permainan
bahasa iaitu permainan seperti dam ular di mana pelajar perlu melontar dadu untuk
untuk mengerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan
diuji dengan satu soalan. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, mereka akan
kekal di kedudukan itu dan sekiranya mereka dapat menjawab soalan diberi mereka
boleh melontar dadu untuk melangkah ke depan. Pemenang dikira dengan siapa yang
tiba di petak terakhir dahulu akan menjadi pemenang.
1. Mencipta
seloka
Semasa
saya mengajar komsas iaitu ‘Seloka Emak Si Randang’, saya menyuruh murid-murid
menghasilkan satu seloka secara berkumpulan. Setiap seloka yang dihasilkan
mesti mengandungi sekurang-kurangnya empat gaya bahasa. Selepas siap
menghasilkan seloka, saya menyuruh murid-murid melagukan seloka secara
berkumpulan tersebut mengikut irama ‘Seloka Pak Kaduk’. Hasil daripada
pembelajaran ini, murid-murid dapat berfikir secara kreatif bagi menghasilkan seloka dan sekali gus
murid-murid tersebut mencapai aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
2. Kerja
kumpulan membina soalan
Untuk
aktiviti ini para murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
akan dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap
anggota dalam kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan
menyediakan jawapan bagi setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk
memastikan murid-murid membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini kerana
untuk membina soalan memerlukan `penggubal soalan’ itu benar-benar memahami
jalan cerita dan setiap aspek sastera yang terkandung di dalamnya. Soalan yang
akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang terkandung dalam karya
sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda. Selepas aktiviti membina
soalan dijalankan, sesi kuiz pula
diadakan. Guru akan mengumpul soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan
memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan soalan kuiz. Selain dapat
mencungkil kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid
juga akan berasa bangga apabila soalan-soalan yang mereka bina terpilih.
3. Peta
konsep
Saya
juga menggunakan peta konsep atau i – THINK semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran supaya murid-murid mudah faham isi pengajaran.
Penggunaan
i-THINK membantu murid-murid dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif. Contohnya:
No comments:
Post a Comment