Tuesday, April 14, 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

APAKAH BERFIKIR?
Menurut Mayer ( 1977), berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

Manakala menurut Fraenkel (1980 berfikir  merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

 Menurut Beyer (1984) , berfikir  ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

Pengertian Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai  menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat pertimbangan dankeputusan atau menyelesaikan proses masalah.

Tujuan
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

1.      Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.
2.      Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3.      Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
4.      Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
5.      Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka.

6.      Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.




No comments:

Post a Comment